Taktik Baru Penyangak Pelaburan Haram.

 1. Iklan dlm FB kononnya investment saham komoditi emas/minyak/forex/bitcoins etc. (letak gambar2 yg org dah berjaya dgn kereta2 mewah dan rumah banglow)

2. Apabila kita link pd FB tersebut, ianya akan terus kpd nombor2 hp Agent2 penyangak ni biasanya diaorg ni guna gambar org lain.

3. Sesi penerangan diberikan oleh agent2 ini dgn pelan2/skim2 dpt keuntungan yg tak logik akal, ada yg boleh dpt profit dlm tempoh 3 jam/1 hari/2 hari/3 hari (ini semua adalah umpan utk tarik perhatian org ramai yg terlalu percaya utk cepat jadi kaya dgn modal sedikit paling kurang rm300- RM500). Pelaburan semuanya ke Oversea/Tiada daftar syarikat yg sah dlm negara.

4. Kita tidak boleh call agent2 ni dan begitu juga agent2 tidak boleh call customer. Utk tujuan pengesahan identiti agent. Mereka akan berikan IC yg palsu yg gunakan IC org lain bg meyakinkan org ramai.

5. Agent akan letakkan nama2 broker beserta dgn no account bank broker (biasanya nama2 yg meragukan)

6. Bila org ramai telah start bank in duit kpd broker utk pelan yg paling murah cthnya RM300- RM500, maka agents2 haram ini akan daftarkan ke dlm sistem komputer. Harus diingat, agent2 haram ini tidak akan membuat Watsapp Group kerana takut pecah rahsia oleh pihak berkuasa. Customer tidak dibenarkan contact broker berkenaan.

7. Agent akan maklumkan kpd customer bahawa pelan yg paling murah itu sudah penuh kerana byk permintaan maka customer maka kita kena top-up lagi tambahan duit atau lebih bagi bolehkan sistem di upgrade kpd yg lebih tinggi. Setelah bayaran dibuat agent akan memaklumkan bayaran iwf perlu dibuat sebelum duit boleh withdraw...hidden caj tinggi dikenakan. Disinilah permulaan penipuan bagi terus mengikis duit customer. Jika customer minta utk cancelkan pelan yg asal, maka akan dikenakan penalty. Maka customer takut kehilangan modal awal akan terus buat pelaburan yg perlukan lebih byk tambahan duit. Akhirnya, agent2 ini terus hilang/senyap begitu saja, apabila customer membuat panggilan telefon, mereka tidak angkat. Customer telah tertipu dan wang yang dilaburkan telah hangus.

8. Harus diingat semua IC pengenalan agent adalah palsu, menggunakan IC org lain.

9. Inilah yg dikatakan Jenayah Komersil masa kini secara investment On-Line.

10. Jika org ramai terlibat dgn skim penipuan ini, rekodkan No telefon Agent dan semua Transaksi Duit ke No Account Bank Broker tersebut dan terus buat Laporan Polis yg berdekatan. Yang pastinya Agent2 di FB ni bukanlah pembawa kpd rezeki tetapi adalah Agent2 haram yg merosakkan masyarakat dgn aktiviti perjudian secara online.


baca ni dan viralkan... sumber dari BNM


BERSAMA KITA MENGHAPUSKAN JENAYAH PERJUDIAN HARAM....HARAP VIRALKAN

#BNM

#Pdrm

#PPIM

Berhati hati...lebih baik trade sendiri dengan broker yg sah..


Ulasan